Halaman

Khamis, 11 Ogos 2011

Biodata Siapakah beliau?




Tokoh 1

Syeikh Ali jumaah adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.



Tokoh 2

Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

SPR telah hilang kredibiliti



1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah hilang wibawa dan tidak lagi mempunyai status layak untuk mengendali sistem pilihanraya negara. Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan yang menjejaskan nilai telus dan saksama dalam pengurusan dan pengendalian sebuah pilihanraya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

2. Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti - parti politik yang menyertai pilihanraya tidak mampu disangkal lagi, malah ianya telah melurut jatuh seluruh uniform Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR dihadapan umum. Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti.

3. Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari My PR di waktu pagi kepada My Kad di sebelah petang pada hari yang sama, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kg Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi ....

4. Ringkasnya, negara tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :

a] Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
b] Pengarah dan Timbalan Pengarahnya meletakkan jawatan segera
c] Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa.

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang sabar dan kepercayaannya kepada SPR.

6. Saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, dengan satu ketetapan dan penegasan kepada semua jentera pilihanraya pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar menganjurkan sekurang - kurangnya ( 3 kali ) Malam Munajat Pilihanraya [MMP], terutama saat kita meniti 10 akhir Ramadhan untuk memohon pertolongan Allah swt menghadapi makar atau tipu helah mereka yang telah hilang rasional semata - mata mahu mengekalkan survival kuasa pemerintahan mereka lalu mengabaikan amanah dan tanggubgjawab mereka untuk berlaku adil dan telus.

7. Lajnah Keahlian dan Ulama' Pelapis mungkin boleh membantu untuk memimpin Malam Munajat Pilihanraya [MMP] anjuran Jabatan Pilihanraya Pemuda di peringkat negeri dan kawasan. Nampaknya, hanya Allah swt boleh mendisiplinkan SPR. KepadaNya kita bermunajat dan kepadaNya jua kita bertawakkal.

Selasa, 9 Ogos 2011

Buku Negara Berkebajikan tajdid siyasi PAS




KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pelancaran buku karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjudul Konsep Asas Negara Berkebajikan merupakan satu lagi siri gerakan tajdid siyasi di Malaysia dalam mempelopori Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS seperti mana yang ditegaskan dalam muktamar yang lepas.

“Pelancaran buku ini sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

Katanya, buku tersebut mengandungi 7 bahagian perbincangan yang bermula dengan kupasan tentang ciri Negara Berkebajikan dan berakhir dengan kupasan berkenaan ‘Agenda PAS Ganti Umno’.

Buku itu, ujarnya mengandungi 86 halaman dengan kupasan yang sangat menarik yang berkisar tentang konsep asas Negara Berkebajikan.

Menurutnya, di antara perkara yang diulas oleh Tuan Guru Presiden di dalam buku karangan beliau tersebut ialah berkenaan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan di antara Negara Berkebajikan (Nation Of Care and Opportunity) dengan Negara Kebajikan (Welfare State) bawaan Barat.

Beliau berkata, buka itu memberikan erti yang sangat besar kepada perjuangan untuk menegakkan keadilan di Malaysia ketika mana Umno BN menjuarai kezaliman dan ketidakadilan di negara ini.

Menurutnya Iagi, buka berkenaan sangat memberikan signifikan yang besar apabila dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2 Ramadhan lalu di qaryah Ramadhan, Kota Bharu yang mana Allah SWT senantiasa menekankan peri pentingnya menjaga kebajikan sesama manusia.

“Umno sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia, rakyat Malaysia memerlukan suatu perubahan yang besar untuk mencapai cita-cita keadilan yang sebenar,” ujar beliau lagi.

Beliau juga turut melahirkan keyakinan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat akan memainkan peranan yang positif dalam usaha memastikan impian untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang selari dengan tuntutan Islam dapat direalisasikan.

Buku itu diterbitkan oleh Pejabat Presiden PAS dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

PAS kunjungi Jais dan gereja 15 dan 16 Ogos



KUALA LUMPUR, 9 Ogos: PAS telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama bagi menetapkan tarikh pertemuan antara mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kedua-dua surat itu telah dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi ini.

"Kami cadangkan kunjungan kepada Jais dibuat pada 15 Ogos ini manakala kunjungan ke gereja Methodist pula akan dibuat 16 Ogos ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh itu, kami akan ke sanalah," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Sehingga kini, PAS belum menetapkan siapa wakil mereka ke pertemuan itu namun Mustafa berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak akan dapat bersama kerana sudah ke luar negara.

"Besar kemungkinan ia akan diketuai oleh Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu di samping saya dan beberapa yang lain," kata Mustafa.

Pertemuan dengan Jais dan gereja diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat Ahad lepas.

Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.

Tindakan Jais memeriksa gereja itu telah mendapat reaksi yang panas dari pelbagai pihak di negara ini. Ada yang menyokong di samping ada yang membantahnya secara keras.

Ekoran itu, PAS memutuskan untuk mendapatkan bukti dan gambaran yang jelas sebelum mengambil apa-apa sikap.


Hari ini genap 10 hari kita berpuasa...adakah amalan2 puasa yang lepas diterima oleh ALLAH? Moga-moga dengan kesungguhan kita beramal di bulan yang mulia ini beroleh pahala yang besar disisi ALLAH taala..

Jumaat, 5 Ogos 2011


Assalammualaikum.....sudah lama saya tidak aktifkan blog saya ini,hari ini hari ke-5 ramadhan,awal ramadhan rahmat, pertengahan makfirah dan akhirnya jauh daripada api neraka....hanya 5 hari lagi berbakinya rahmat..mudah-mudahan sentiasa muhasabah diri kita dengan perbanyakkan ibadah siang dan malam kpd ALLAH bagi merebut pahala yg berlipat kali ganda daripadanya...banyakkan zikir,selawat,sedekah,taraweh,tahajud n membaca Al-quran sepanjang bulan yg mulia ini......selamat berpuasa dan beramal