Halaman

Isnin, 15 November 2010

TARANNUM DAN SEJARAHNYA

TARANNUM

Pengenalan Tarannum ATAU aL-Maqamat

Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menanbahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.
Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.




Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar
Cirri-cirinya ialah ;

1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara)
2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara)
3. Irama (alunan atau bentuk bunyi)
Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum

Sejarah Umum Tarannum...
Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ;
1. Bunyi-bunyian geseran kayu.
2. Bunyi-bunyian tiupan angin.
3. Bunyi-bunyian kicauan burung.
4. Bunyi-bunyian air yang mengalir.
Ia kemudiannya telah digubah dan “ditalhinkan” oleh penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masing-masing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab “Siraj Al-Qari” bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesur muzik berbangsa Greek “Bathlamus Al-Hukm Philosofhy” kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim.
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat.



Sejarah Tarannum Al-Quran

Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah “Nuzul A-Quran” di Gua Hira’. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan “bertarannum, bertazyin dan bertahsin.”
Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Sha’ari dalam sabdanya, “sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud,” riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; “pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).” 

1- Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

2- Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )


3- Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

BEZA WANITA DAN LELAKI


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah Baligh.. Manakala Dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, Dosa Isteri, Dosa anak perempuan & Dosa anak lelaki yang belum Baligh. BERATKAN ???

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya & sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawab maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua , manakala perempuan Tidak, Perempuan hanya perlu Taat kepada suaminya. Isteri berbuat Baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih2 lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar Suami perlu tanggung. kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sperti gunung dengan Semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. lelaki mati cepat kerana x larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya.. ( Ikut Kajian Laaa )


WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta kebenaran izin daripada suaminya apabila mahu keluar rumah tapi tidak sebaliknya..saksinya kurang berbanding lelaki. menerima pusaka kurang daripada lelaki..Perlu menghadapi kesusahan untuk mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. talak terletak ditangan Suami dan bukan isterinya. Wanita kurang beribadah kerana masalah haidh dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya ?? benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan ? itulah bandingannya dengan seorang wanita.

wanita perlu taat kepada suaminya tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?? Wanita meneriman pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya & tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oleh segala haiwan. Malaikat & seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampunkan Allah ( dosa kecil ).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

  1. Isterinya.

  2. Ibunya

  3. Anak perempuan.

  4. Saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, Tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :-

  1. Suaminya

  2. Ayahnya

  3. Anak lelakinya

  4. Saudara lelakinya

Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :-


  1. Sembahyang 5 waktu sehari Semalam

  2. Puasa Di Bulan Ramadhan

  3. Taat Suaminya

  4. Menjaga Kehormatanya.

Seorang Lelaki perlu pergi berjihad Fisabilillah tetapi wanita jika Taat akan suaminya serta menunaikan Tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala orang pergi berjihad Fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah.... Sayangkan Allah pada wanita.

Seorang Wanita adalah pelengkapnya dan semamangnya istimewa disisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki kamu sebenarnya adalah istemewa disisi Allah, maka dengan itu dia mengangkat kamu menjadi pemimpin maka dengan keistimewaan itu jagalah dan hargailah wanita dengan sebaik-baiknya supaya kelak masing2 lelaki & wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa DisisiNya InsyaAllah..

Salam Maal Hijrah.. Sama-samalah kita menjaga Hubungan Sesama manusia agar diberkati & Diredhai Oleh ILAHI.

" Dan Carilah pada Apa yang Dianugerahkan Allah Kepadamu untuk Kebahagian Di Akhirat. Dan Janganlah Kamu lupa Bahagianmu Di akhirat, Dan Berbuat Baik kepadamu Dan jangan pula kamu membuat Kerosakan.


- Al-Qasas, Ayat 77-